23 Julai 2014, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang telah menganjurkan "Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia" bertempat di Rumah Perantaraan Negeri Pahang. Majlis telah diserikan dengan kehadiran PKK Rosni b. Mansor, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, PKK Ahmad Saidi b. Hamzah, Pengarah Penjara Penor, PP Tey Hock Soon, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Wakil Jabatan Polis Trafik Pahang dan Pengurus Drug Intervention Center (DIC) Negeri Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Parol Negeri Pahang, Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zainal Abidin b. Talib, penyampaian hamper hari raya oleh PKK Rosni b. Mansor kepada ODP dan juga NGO's dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah.
""